| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Tapah

Bertarikh 10 Mei 2013, bertempat di Dewan Budiman Penjara Tapah telah berlangsung Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Tapah antara PKK Rosni bin Mansor dan PKP Abdul Halim bin Ma Hassan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran TKPj Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti yang hadir selaku saksi terhadap upacara tersebut.


Majlis bermula pada jam 8.45 pagi dengan ketibaan PKP Abdul Halim bin Ma Hassan dan menerima kawalan hormat dari pasukan kawalan suku. Pada jam 8.55 pagi, saksi upacara iaitu TKPj Abdul Aziz bin Mohamad hadir dan disusuli oleh ketibaan Pengarah Penjara Tapah, PKK Rosni bin Mansor pada jam 9.00 pagi dan memeriksa kawalan hormat sebelum menandatangan dokumen penyerahan dan penerimaan tugas Pengarah Penjara Tapah.


Di dalam ucaptama Pengarah Penjara Tapah yang baru, PKP Abdul Halim bin Ma Hassan, beliau menyeru semua kakitangan Penjara Tapah agar bersama-sama beliau membangunkan institusi dan menekankan konsep bersatu padu dan berjemaah di dalam melaksanakan misi dan visi jabatan.

 

""