| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan dan Penerimaan tugas di Penjara Pokok Sena, Kedah

Pada 15 Mei 2013 bertempat di Dataran Setia Penjara Pokok Sena, Kedah telah berlangsung Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Pokok Sena di antara PKK Zawari bin Abd Rashid dan PKK Tan Tien Heng. Majlis turut diserikan dengan kehadiran KPj Jamaluddin bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan , IPPM yang hadir selaku saksi majlis tersebut.


Majlis dimulakan dengan PKK Tan Tien Heng, Pengarah Penjara Pokok Sena menerima tabik hormat dan upacara seterusnya ialah acara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa di antara antara PKK Zawari bin Abd Rashid dan PKK Tan Tien Heng  telah disaksikan oleh KPj Jamaluddin bin Saad. Seterusnya, PKK Tan Tien Heng, menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan suku selaku Pengarah Penjara Pokok Sena yang baru.


Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua-ketua /wakil-wakil Institusi Penjara Negeri Kedah dan Perlis,Pegawai Parol Negeri Kedah, Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Kedah dan Jawatankuasa Persatuan Bekas Pegawai Penjara (EXPOAM).

 

""