26 Mac 2013 - Sekolah Henry Gurney telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Tanjung Pinang Indonesia pada 20 ? 22 Mac 2013. Delegasi lawatan ini telah di ketuai oleh Pengarah SHG Melaka iaitu PKP Jamil Razif bin Kassim beserta 18 orang kakitangan pelbagai pangkat.
Ketibaan Delegasi SHG Melaka telah disambut oleh Pengarah Penjara Lapas IIA Tanjung Pinang iaitu Tuan Istiyo Harsono . Sepanjang lawatan di Tanjung Pinang delegasi SHG Melaka sentiasa diberikan layanan yang mesra oleh kakitangan penjara disini. Banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang dapat ditimba dan boleh dijadikan panduan bagi membangunkan pengurusan sistem kepenjaraan yang lebih efektif dan efisyen disamping mengeratkan kerjasama yang telah terjalin di antara kakitangan Jabatan Penjara Malaysia dan Kakitangan Penjara Indonesia.
Delegasi ini juga sempat membuat lawatan ke Pulau Penyengat dimana terdapat kesan-kesan peningalan sejarah Kepulauan Riau ini yang mempunyai hubungkait dengan sejarah Kesultanan Melaka dahulu.
""