| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Penutupan Progam Latihan 1 Malaysia Diantara Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan Dengan Kerjasama Giat Mara Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan

Pada 28 Januari 2013 telah diadakan Majlis Perasmian Penutupan Program Latihan 1 Malaysia anjuran Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan dengan kerjasama Giat MARA, Pengkalan Chepa, Kelantan. Program selama enam hari ini melibatkan seramai 16  ODP, PKW serta penghuni Rumah Perantaraan. Perasmian penutupan telah dilakukan oleh PP Mat bin Yaacob, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Parol, Pengurus Giat Mara Pengkalan Chepa, Encik Shamsuddin bin Jaafar serta tenaga-tenaga pengajar. Peserta telah diberikan latihan yang intensif berkenaan dengan kerja-kerja kimpalan bagi menghasilkan barangan yang berkualiti dan boleh mendapat tempat di pasaran terbuka. Program Latihan 1 Malaysia ini juga telah menarik minat ramai pengusaha bengkel besi untuk mendapatkan pekerja dan hasilnya seramai 4 orang ODP telah diambil bekerja oleh majikan di beberapa buah bengkel di sekitar Kota Bharu. Program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan dengan beberapa perancangan telah dilakukan bagi memastikan ODP, PKW dan Penghuni Rumah Perantaraan didedahkan dengan ilmu kemahiran yang boleh menjamin kehidupan.

 

""