5 Februari 2013 ( Selasa ), bertempat di Dewan Sukan Kompleks Penjara Seberang Perai berlangsungnya Program Perjumpaan 1Malaysia Penghuni dan Keluarga Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Kompleks Penjara Seberang Perai. Program dirasmikan oleh PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai dan hadir bersama Profesor Dr. Zubaidah Bee, Pengarah Urusan Agrowbionest Sdn. Bhd.
Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan ikatan kekeluargaan antara penghuni dan keluarga serta menerap nilai perpaduan pelbagai kaum dan membina jati diri penghuni agar menjadi insan yang berguna, berdisiplin dan bertanggungjawab agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna setelah dibebaskan kelak.
""