Pada 05 Februari 2013 pada jam 2.30 petang telah berlangsung Program Perjumpaan 1 Malaysia Penghuni dan Keluarga Sempena Tahun Baru Cina 2013 di Penjara Miri, Sarawak. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj Ahmad Lai bin Bujang Ahli Parlimen P.218 Sibuti. Program ini juga dihadiri oleh YB Tuan Ripin bin Lamat, Ketua-ketua Jabatan KDN di daerah Miri, pelajar-pelajar Kadet Koreksional Penjara Sekolah Menengah Riam Miri, Hakim-hakim Pelawat, Ketua-ketua Masyarakat, NGO serta keluarga penghuni. Program Perjumpaan 1 Malaysia Penghuni Dan Keluarga Sempena Tahun Baru Cina ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar bandaraya Miri mengenai peranan dan fungsi Jabatan Penjara Malaysia umumnya. Selain daripada itu program ini adalah bertujuan mendekatkan pemimpin kepada penghuni dan keluarga sebagai tanda sokongan dalam pemulihan penghuni tersebut dan secara tidak langsung memberi sokongan moral kepada keluarga penghuni.
""