Pada 18 Februari 2013, Pengarah Penjara Taiping PKK Shukri Bin Saad bersama PP Murali A/L Rajoo telah membuat kunjungan ke Hospital Taiping bertemu Pengarah Hospital Taiping, Dr. Mohd Yassin bin Abdul Rahman. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan masalah serta isu-isu penambahbaikan tugas yang melibatkan anggota bertugas kawalan di wad Hospital Taiping. Selain itu kunjungan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala Jabatan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta kerjasama yang erat diantara satu sama lain.
""