| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah Integriti Penjara Kluang Johor Tahun 2013

1  Februari  2012 bersamaan 20 Rabiulawal 1434H - Sekolah Integriti Kluang telah mengadakan Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah Integriti bagi tahun 2013. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Kluang, PKP Sudin Bin Omar. Seramai 71 orang pelajar telah terlibat dalam pertandingan pada kali ini.


Pertandingan ini dibahagikan kepada dua pasukan iaitu Rumah Satria dan Rumah Wira. Acara bermula seawal jam 9.00 pagi dengan PKP Sudin Bin Omar telah diberi penghormatan membunyikan hon untuk upacara simbolik melepaskan larian pelajar. Pentandingan kali ini menyaksikan pelajar berlari sebanyak 3 kali pusingan dalam kawasan penjara.


Rumah Satria telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan pertandingan dengan memungut pungutan markah keseluruhan sebanyak 164 markah.


Objektif program ini adalah  untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan pelajar, membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar dan memupuk perpaduan dan silaturrahim dalam kalangan guru dan anggota penjara.

 

""