31 Julai 2013, Majlis Iftar Kakitangan Penjara Alor Setar, Kedah telah diadakan di Surau Kakitangan Penjara Alor Setar. Program dimulakan dengan Khatam Al-Quran oleh kakitangan dan anak-anak kakitangan dan seterusnya sehinggalah terawih berjemaah. PKP Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Alor Setar, Kedah telah menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada peserta Tadarus Al-Quran dan tenaga pengajar kuliah agama di Surau Kakitangan. Turut hadir wakil-wakil institusi penjara negeri Kedah dan Perlis dan pesara.
""