Pada 06 April 2013 Pihak Pengurusan Penjara Sungai Petani telah menerima kunjungan Lawatan Kerja Y. Bhg Dato' Sri Haji Zulkefli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara. Ketibaan Y. Bhg Dato' Sri Haji Zulkefli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara disambut oleh PKP Mohd Muslih bin Mahmud, Pengarah Penjara Sungai Petani, Kedah, PP Jamaludin bin Awang Kechik, Timbalan Pengarah Penjara, TPP Shaidan bin Shaari, TPP Mohd Nizar bin Abdullah dan Pegawai Kanan Penjara Sungai Petani. Lawatan tersebut bermula pada jam 03.00 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.
""