18 April 2013 Program Penanaman Sejuta Pokok Penjara Reman Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, PKP Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din. Program dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang telah berjaya . Sebanyak 100 anak pokok telah dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang seperti Pokok Nangka Madu, Pokok Limau Nipis, Pokok Limau Kasturi dan Pokok Kedondong telah berjaya ditanam. Program ini melibatkan Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri, Kadet Koreksional Negeri Pulau Pinang dan juga disertai oleh skuad cilik Penjara Reman Pulau Pinang (murid-murid dari Tabika Penjara Reman Pulau Pinang).Program diselitkan dengan sesi ceramah dari Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang mengenai penjagaan pokok dan cara-cara pembajaan yang betul.
""