APCCA ke 32 telah diadakan di Negara Brunei Darussalam pada 8 ? 12 hb. Oktober 2012. Persidangan kali ini telah dihadiri 21 negara termasuk Malaysia.
Objektif Persidangan:
- Membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan pengurusan koreksional di negara-negara yang terlibat.
- Pembentangan isu-isu khusus ke arah peningkatan pengetahuan pegawai dan peningkatan kualiti sistem kepenjaraan di negara-negara ahli.
- Berkongsi inisiatif-inisiatif baru di bidang koreksional.
- Persidangan tahunan pentadbir-pentadbir koreksional
| PEMBENTANG/(FASILITATOR) | TAJUK |
| Y.S KPj Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood | Challenges and Initiatives in Corrections |
| PKP Gunasegaran a/l Shammugam | Promoting staff-offender interactions in prison and in the community whilst ensuring staff safety |
| TKPj Mohd. Zawawi B. Ab. Rahim | Challenges and opportunities in the management and reintegration of prisoners serving long sentences |
| PP Zulia bt Khamis | Women in corrections as: 1) Offenders |
Isu-isu khusus dari negara berkaitan:
| BIL | ISU | INISIATIF | PELAKSANAAN |
| 1 | Penularan penyakit berjangkit di dalam penjara | a. Menambahbaik program latihan kepada pegawai serta meningkatkan kesedaran banduan melalui pendidikan pencegahan di penjara. | Vietnam |
| 2 | Peningkatan jumlah banduan terutama kesalahan dadah | a. Mengambil alih urusan pentadbiran di lokap mahkamah. b. Meningkatkan program pemulihan dan latihan kepada kakitangan. c. Menambah bilangan sukarelawan di dalam masyarakat. |
Singapura, Thailand |
| 3 | Kekurangan kakitangan | a. Memperkenalkan kawalan menggunakan robot. | Korea Selatan |
| 4 | Bencana alam (banjir) | a. Pindahkan banduan. b. Banduan digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan. c. Tindakan awal menghadapi banjir menggunakan khidmat banduan. |
Thailand |
| 5 | Penyeludupan dadah ke dalam penjara | a. Mengambil alih urusan pentadbiran di lokap mahkamah. | Singapura |
| 6 | Kesukaran banduan untuk mendapatkan pekerjaan setelah dibebaskan. | a. Memperkenalkan industri berat di dalam penjara bagi memberi latihan kepada banduan. b. Memperkenalkan Pusat Sehenti dalam latihan vokasional berorientasikan pekerjaan dalam penjara. c. Penglibatan NGO dalam Latihan Vokasional Penghuni. |
Mongolia, Hong Kong |
| 7 | Mengurangkan kemasukan semula banduan ke dalam penjara | a. Konsep Penjara Terbuka. b. Memperkasakan pemulihan dalam komuniti. c. Meningkatkan penglibatan masyarakat dalam program pemulihan banduan. |
India |
| 8 | Pengurusan Banduan Hukuman Lama | a. Kualiti kawalan dan sistem keselamatan. b. Keselamatan kakitangan. c. Kemudahan dan program khusus untuk pelbagai kategori penghuni. d. Persediaan integrasi semula ke dalam masyarakat. |
Semua Negara |









