Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Sarawak berlangsung pada 8 Mei 2012 di Auditorium, Ibu Pejabat Penjara Sarawak. Sebanyak Lima ( 5 ) pasukan telah bertanding dalam Konvensyen pada kali ini iaitu:-
1. Kumpulan KAIZEN XII ( Penjara Puncak Borneo )
2. Kumpulan PRIMA 3 ( Penjara Sibu )
3. Kumpulan MATAHARI (Penjara Miri)
4. Kumpulan EXORA (Penjara Limbang)
5. Kumpulan BERLIAN (Penjara Sri Aman)
Panel Juri yang telah dilantik bagi mengadili Konvensyen KIK Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2012 Peringkat Zon Sarawak adalah terdiri daripada Encik Mohd Nazri bin Ismail ? Ketua Juri (INTAN Sarawak), Encik Mohd Nor Jayadi bin Taman (MPC Sarawak) dan Puan Lawina Clarissa Jusueb (MAMPU Sarawak) manakala penjaga masa Wadar Jeferina binti Jemaih.
Majlis penutupan telah berlangsung pada 8 Mei 2012 jam 7.15 malam di Hotel Riverside Majistic, Kuching, Sarawak yang mana telah disempurnakan oleh YS KPj. Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)
Keputusan konvensyen adalah sepertimana berikut :
KATEGORI PENGURUSAN:
Johan - Kumpulan BERLIAN ( Penjara Sri Aman )
Naib Johan - Kumpulan MATAHARI ( Penjara Miri )
Ketiga - Kumpulan EXORA ( Penjara Limbang )
""