| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Persijilan Kali Kedua Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Ibu Pejabat Penjara Malaysia

Kajang 29 Mac 2012, Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah diaudit oleh Pihak MPC bagi tujuan persijilan kali kedua amalan persekitaran berkualiti 5S . Wakil MPC yang hadir untuk tujuan pengauditan tersebut adalah  Tn. Haji Omar bin Othman, Manager Business Excellence Departmen, MPC.  Manakala bagi pihak Jabatan Y.Bhg KPj. Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan serta Pengarah-Pengarah Bahagian telah hadir bagi tujuan pembukaan dan penutupan audit. Dalam ucapan aluan Y.Bhg. Dato?  menyatakan pihak Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MPC yang telah sudi hadir bagi tujuan pengauditan amalan persekitaran 5S di IPPM bagi kali kedua. Pengauditan ini amat penting bagi membuktikan bahawa amalan 5S di IPPM bukan sekadar menjadi amalan tetapi telah dijadikan budaya setiap warga yang bertugas di IPPM.



Proses pengauditan bermula dengan penerangan berkaitan Jabatan serta taklimat berkaitan pembudayaan Sistem 5S di IPPM disampaikan oleh PKK Ariffin bin Mohd. Noor, Timbalan Ketua Seksyen Dasar. Semasa proses pengauditan dokumentasi semua wakil pengarah yang terlibat telah memberikan penjelasan yang memuaskan hati para juruaudit. Sesi auditan diteruskan dengan pengamatan pembudayaan 5S disetiap bahagian yang berakhir pada jam 3.00 petang. Semasa sesi pembentangan hasil penemuan audit, pihak juruaudit telah berpuashati dengan pembudayaan 5S yang dilaksanakan di IPPM serta bersetuju menyokong IPPM untuk dipersijilkan dengan Sijil Amalan Berkualiti 5S bagi kali kedua.  Pihak pengurusan tertinggi Jabatan merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan ucapan syabas  kepada semua warga IPPM yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pengiktirafan pada kali ini.

 

""