| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Pegawai-Pegawai Dari Negara Brunei Darussalam

Pada 27 Jun 2012 Penjara Bentong telah menerima lawatan kerja delegasi Negara Brunei Darussalam  terdiri daripada 4 orang delegasi yang di ketuai oleh Haji Zainal bin Haji Ismail, Pemangku Pengarah Penjara, Jabatan Penjara Brunei . Turut sama dalam rombongan tersebut ialah Mr. Kwa Kian Sin, Ketua Pembangunan dan Projek-Projek Jabatan Penjara Brunei, Mr. Awang Musa bin Haji Bagol, Jurutera Kerja Kanan Bahagian Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei dan Hj. Shukri bin Haji Othman, Arkitek Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya Brunei. Rombongan tersebut di iringi oleh TPP Hafizey bin Yahya dari Bahagian Pembangunan dan Perolehan IPPM dan IP Zulkefly bin Mohamad Yusop dari Bahagian Dasar Kepenjaraan IPPM. Pengarah Penjara Bentong , TKPj Abdul Aziz bin Abdul Razak telah menyampaikan taklimat ringkas operasi Penjara Bentong seterusnya membawa semua delegasi melawat ke dalam kawasan penjara. Lawatan berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan jamuan tengahari dan penyampaian cenderahati kepada ketua delegasi.

 

""