Pada 13 Disember 2012, Y. Bhg KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara Alor Setar, Kedah. Lawatan ini turut disertai oleh Y.S KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan), KPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan dan TKPj Dato? Mohd Sakeri bin Hj. Dollah, Ketua Seksyen Vokasional dan Industri.
Ketibaan rombongan di Bengkel Wanita telah disambut oleh PKP Ahmad Saidi bin Hamzah, Pengarah Penjara Alor Setar dan pegawai-pegawai kanan. Dalam lawatan tersebut, Y. Bhg KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, telah diberi taklimat berkaitan peningkatan pengeluaran dan pemasaran produk Bengkel Makanan Sejuk Beku serta Bengkel Pastri oleh KIP Lee Geik Siew.
""