Rabu, 14 September 2011-Dewan Tun Hussin Onn, Sekolah Integriti Kluang telah menjadi gamat dengan keletah penghuni yang menjayakan persembahan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Kluang bagi Tahun 2011.
Pelbagai persembahan telah diadakan dalam majlis ini antaranya dendangan lagu raya dengan iringan band, sketsa bertemakan hari raya, tarian kebudayaan dan nyanyian lagu nasyid. Kesemua persembahan dilakukan oleh penghuni sendiri.
Majlis turut diceriakan dengan kehadiran PP Zamzuri Bin Ghani dan TPP Mahadzair Bin Che Daud, Ketua Seksyen Pemulihan & Rawatan Penjara Kluang. Dengan berlangsungnya majlis ini, objektif pemulihan Penjara Kluang untuk mengadakan program pemulihan secara berterusan tercapai.