| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Rumah Perantaraan Jabatan Penjara, Wadah Baru Trasfomasi Sistem Pemulihan Kepenjaraan

Kuala Lumpur 29 september 2011 : Bertempat di rumah Perantaraan Jabatan Penjara Malaysia Jalan Duta Kuala Lumpur berlangsungnya majlis pelancaran Rumah Perantaraan Jabatan Penjara Malaysia yang dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusof Timbalan Menteri Dalam Negeri. Program Rumah Perantaraan Jabatan Penjara merupakan antara 50 inisiatif yang terkandung dalam bidang keberhasilan utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan kadar jenayah dalam Negara. Dengan adanya program seumpama ini bekas banduan yang tiada keluarga atau tempat bergantung, selepas dibebaskan dari hukuman akan ditempatkan sementara dirumah perantaraan ini dengan diberi program berbentuk kemasyarakatan agar mereka lebih bersedia kembali menjadi sebahagian anggota masyarakat. Program seumpama ini akan membolehkan bekas banduan diberi peluang mencari tapak baru dalam kehidupan bermasyarakat. Ia juga memberi impak yang besar terhadap perkembangan siasah bekas pesalah dan mengelakkan diri dari terpengaruh dengan rakan sejenayah. Dengan pelancaran Program ini jabatan penjara telah melangkah kesatu dimensi baru dalam sistem pemulihan banduan yang tidak lagi tertumpu didalam tembok penjara semata-mata malah telah merintis landasan pemulihan dari dalam ke luar tembok penjara, ia merupakan wadah baru transformasi sistem pemulihan kepenjaraan.

 

""