21 Oktober 2011, YBhg. TKJP Dato' Haji Hassan bin Haji Sakimon telah mengadakan lawatan kerja ke SHG Keningau bagi menghadiri satu sesi dialog bersama Pengarah-Pengarah institusi Penjara Sabah dan Pegawai Perusahaan berkaitan produk berskala besar. Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato' TKPj Mohd Sakrie bin Hj. Dollah, Ketua Seksyen Vokasional dan Industri, En.Ahmat bin Mat Zin, Pengarah Kewangan Bukit Wira dan PKK Suria Hj. Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah. Majlis tersebut juga turut menyaksikan penyerahan waran peruntukan kepada Pengarah-pengarah institusi Sabah. YBhg.Dato? TKJP juga mengambil kesempatan membuat lawatan ke tapak Projek Ternakan Lembu Tenusu.
""