| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan Oleh YB Menteri Pertahanan


Kota Bharu, Kelantan, Selasa, 21 Jun 2011 telah berlangsung majlis perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia pada jam 3.00 petang. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, YB ADUN Kok Lanas, Pegawai-Pegawai Jabatan Penjara Malaysia dan ATM serta tetamu-tetamu undangan termasuk daripada pihak media.

 



Majlis telah dimulakan dengan ucapan perasmian dan menandatangni Plak Pusat Pemulihan Pemasyarakatan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. Majlis perasmian turut melibatkan acara penyerahan Buku Akaun Bank oleh Pengurus Ambank Wilayah Timur bersama YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi kepada penghuni (ODS). Buku akaun bank ini merupakan kemudahan bagi pembayaran elaun kepada ODS disamping bertujuan untuk menggalakkan sikap menyimpan dikalangan ODS sebagai persediaan sebelum bebas. Seterusnya majlis menandatangani SOP Program Pemasyarakatan juga telah diadakan di mana Panglima Angkatan Tentera dan Komisioner Jeneral Penjara telah menandatangani SOP tersebut dengan disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.  SOP tersebut akan menjadi panduan bertulis bagi anggota dalam melaksanakan tugas.

 

 

YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi turut meluangkan masa melawat persekitaran Pusat Pemulihan Pemasyarakatan. YB Menteri Pertahanan telah dibawa menyaksikan persembahan Boria oleh ODS sebagai sebahagian daripada aktiviti kebudayaan di dalam Modul Pemulihan. YB Menteri Pertahanan juga menyaksikan demonstrasi urut refleksologi oleh ODS yang sedang menjalani latihan sebagai kemahiran tambahan untuk mereka bagi persediaan mencari pekerjaan selepas bebas. YB Menteri Pertahanan telah diberi peluang untuk mencuba urutan refleksologi tersebut.
Dalam lawatan tersebut, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi juga telah sempat bertemubual dengan penghuni dan juga berinteraksi dengan keluarga penghuni yang hadir di majlis tersebut. Majlis diakhiri dengan sidang media oleh YB Menteri Pertahanan di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan pada jam 5.00 petang.

 

""