Penjara Bentong 14 Julai 2011, Y. Bhg. Komisioner Jeneral Penjara Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Penjara Bentong, Pahang . Turut mengiringi beliau semasa lawatan tersebut ialah Y.Bhg TKPj. Dato' Mohd. Sakeri bin Hj. Dollah, Pengarah Vokasional dan Industri. Taklimat operasi telah disampaikan oleh TKPj. Hj. Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Penjara Bentong. Y. Bhg. KJP Datuk Wira kemudiannya telah menemui dan menyampaikan amanat kepada semua pegawai-pegawai kanan Penjara Bentong dan membuat lawatan ke bengkel tenun, pastri. simen fero dan bengkel besi. Bersempena kunjungan ini juga, diakhir lawatan Y.Bhg Datuk Wira KJP telah menyempurnakan perasmian Galeri Penjara Bentong.
""