| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Johan Perbarisan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka

16 Februari 2011 – Seramai 100 kakitangan Jabatan Penjara Malaysia Negeri Melaka pelbagai pangkat dan 30 pelajar SHG telah menyertai perbarisan  sempena Sambutan Majlis Maulidur Rasul. Kontijen yang di ketuai oleh TPP Shahrin Nizam bin Ahmad turut diiringi pasukan kompang kakitangan Sekolah Henry Gurney Melaka.

Bertemakan '1 Malaysia 1 Ummah' sambutan tahun ini disambut meriah di Melaka. Penglibatan 11,070 peserta ini turut membabitkan 199 agensi pelbagai sektor termasuk penarik beca yang turut berarak menggunakan beca berhias. Kontijen Jabatan Penjara Negeri Melaka telah diumumkan johan keseluruhan perbarisan dan memenangi wang tunai RM 500.00 serta piala iringan. Manakala tempat kedua Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan ketiga kontijen National Panasonic.



""