Majlis berbuka Puasa Kakitangan Bersama Pengarah Penjara Tawau Dan Anak-Anak Yatim Al-Raudhah
Penjara Tawau , 21 Ogos 2011 � Bertempat di Dewan Wawasan, Taman Ehsan Penjara Tawau telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Bersama Anak-Anak Yatim Ar- Raudhah. Majlis telah dihadiri oleh PKP Sazali Bin Ismail bersama isteri dan kakitangan bersama keluarga. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua-Ketua Jabatan sekitar Daerah Tawau dan Ketua Pejabat Kedutaan Indonesia. Aturcara dimulai dengan Majlis Khatam Al-Quran anak-anak kakitangan Penjara Tawau dan persembahan pentomen daripada kumpulan Al-Khausar. Majlis diteruskan dengan berbuka puasa, menunaikan solat maghrib berjemaah, ceramah semarak ramadhan, solat isyak berjemaah, solat terawih dan majlis jamuan makan malam.
Dalam majlis tersebut juga, Pengarah Penjara Tawau telah menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal , anak-anak yatim Ar-Raudhah, cendera kenangan kepada Imam, Bilal Terawih dan kumpulan pentomen Al-Khausar.
""