| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Audit Dokumentasi MS ISO 9001:2008

Kajang 30 Sept- Pihak SIRIM telah menjalankan audit dokumentasi pelaksanaan MS ISO 9001:2008 ke atas Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Rengam, Pusat Pemulihan .... Kajang 30 Sept- Pihak SIRIM telah menjalankan audit dokumentasi pelaksanaan MS ISO 9001:2008 ke atas Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Rengam, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah dan Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Puan Evelyn Liew Yuen Chun dan En Gunasegaran mewakili pihak SIRIM manakala PP Zaidi Hamid mewakili Jabatan Penjara Malaysia, Timbalan Wakil Pengurusan Institusi berkaitan serta Pemegang Dokumen . Semasa proses pengauditan pihak SIRIM telah menyarankan beberapa penambahbaikan perlu dilakukan kepada Prosedur Kualiti antaranya Prosedur PK Utama -03 Urusan Pengurusan harian Tahanan perlu disilang rujuk kepada Program Pelan Pembangunan Insan.
Pihak SIRIM juga mencadangkan agar diwujudkan prosedur khas untuk Urusan Pemulihan Penghuni tahanan yang melibatkan pelaksanaan Program Pembangunan Insan (PPI) ke atas penghuni. Pihak SIRIM telah memperakukan untuk auditan Peringkat Kedua seperti yang telah dipersetujui iaitu:

BILINSTITUSI TARIKH
1Sekolah Henry Gurney Keningau16-17 Oktober 2009
2Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam 16-17 November 2009
3Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting17-19 November 2009
4Pusat Pemulihan Akhlak Machang29-30 November 2009
5Pusat Pemulihan Akhlak Muar1-2 Disember 2009
6Akademi Koreksional Malaysia6-7 Disember 2009


Institusi Penjara lain yang terlibat dengan perluasan skop MS ISO 9001:2008 akan diaudit bagi tujuan pensijilan adalah seperti berikut:



BILINSTITUSI TARIKH
1Penjara Simpang Renggam1-2 Oktober 2009
2Penjara Alor Setar 7 Oktober 2009
3Penjara Sungai Buloh7 Oktober 2009
4Penjara Tapah7-8 Oktober 2009
5Penjara Dusun Dato' Murad8 Oktober 2009
6Penjara Pulau Pinang8-9 Oktober 2009
7Penjara Jelebu9 Oktober 2009
8Ibu Pejabat Penjara Malaysia19 Oktober 2009


Sehubungan itu, pihak institusi terlibat dikehendaki melakukan persiapan yang rapi bagi tujuan audit tersebut.


""