| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perujian Hafazan Al-Quran & Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2009

17 November 2009, Penjara Tapah - Penjara Tapah telah diberikan penghormatan oleh Bahagian Pemulihan Dan Rawatan Ibu Pejabat Penjara Malaysia untuk menganjurkan ....17 November 2009, Penjara Tapah - Penjara Tapah telah diberikan penghormatan oleh Bahagian Pemulihan Dan Rawatan Ibu Pejabat Penjara Malaysia untuk menganjurkan Majlis Perujian Hafazan Al-Quran Kali Pertama dan Pertandingan Nasyid Kali-3 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun 2009.

Majlis ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 10-12 November 2009 dan telah diadakan di Dewan Penjara Tapah, Perak. Y.Bhg. Datuk Pirdaus bin Ismail, Pegawai Khas Agama Menteri Dalam Negeri telah diundang khas bagi menyempurnakan perasmian Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah serta melancarkan Program Hafazan Al-Quran di Institusi Penjara Malaysia. Antara tetamu jemputan yang hadir ialah TKPj Hj. Darussalam bin Hj. Budin, Pengarah Bahagian Pemulihan Dan Rawatan, PKK Rosni bin Mansor, Pengarah Penjara Tapah dan wakil-wakil pengarah institusi penjara.

Pada tahun ini seramai 20 peserta lelaki dan 4 peserta wanita telah mengambil bahagian dalam Perujian Hafazan Al-Quran yang telah dibahagikan kepada 3 peringkat :


(a) Peringkat Pertama - Juzu' 'Amma ( 37 surah ) :
- Mulai Surah An-Naba' hingga Surah An-Nas.

(b) Peringkat Kedua - Surah-surah Pilihan ( 1 hingga 7 surah ) :
1. Surah Al-Kahfi 4. Surah Al-Rahman 7. Surah Al-Insan
2. Surah As-Sajdah 5. Surah Al-Waqiah
3. Surah Yaasin 6. Surah Al-Mulk

(c) Peringkat Ketiga - Surah Awal (1 hingga 5 surah) :
1. Surah Al-Baqarah 3. Surah An-Nisa' 5. Surah Al-Maidah
2. Surah Ali-Imran 4. Surah Al-An'am

Manakala sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Nasyid.


KEPUTUSAN MAJLIS PERUJIAN HAFAZAN AL-QURAN DAN PERTANDINGAN NASYID

Hafazan Lelaki (Peringkat 1)

Kedudukan Institusi Nama Peserta Markah (%)
Johan PPA Batu Gajah Nordin bin Ahmad 66.50
Naib Johan Marang Rosdi bin Baharun 64.35
Ketiga Seremban Yuszaidi bin Ishak 64.15


Hafazan Lelaki (Peringkat 2)

Kedudukan Institusi Nama Peserta Markah (%)
Johan Pra Bebas Dusun Dato' Murad Razali bin Bab 63.55
Naib Johan Tapah Md. Radzi bin Abdullah 63.39
Ketiga IPD Jelebu Marzuki bin Abdullah 60.98


Hafazan Lelaki (Peringkat 3)

Kedudukan Institusi Nama Peserta Markah (%)
JohanKajang Faizal bin Zakaria 61.73
Naib JohanPengkalan Chepa Mohd. Tarmizi bin Mohamad 60.23
Ketiga - TIADA -


Hafazan Wanita (Peringkat 1)

Kedudukan Institusi Nama Peserta Markah (%)
JohanWanita Kajang Norliza bt. Mohamed Yusof 63.94
Naib JohanTapah Normadiah bt. Azmi 54.30
Ketiga - TIADA -


Nasyid

Kedudukan Institusi Nama Kumpulan Markah (%)
JohanSeremban Al-Iqbar 96
Naib JohanKluang Al-Muiz 92
KetigaTapah Putra Sakinah 87


""