Penjara Sungai Petani, 18 Mei 2009 - Sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa tahun 2009, Institusi Penjara Sungai Petani Kedah Darul Aman telah mengadakan satu program .... |
Dalam program ini seramai 2 orang penghuni yang terlibat terdiri daripada warganegara Malaysia dan melibatkan kehadiran 4 orang pelawat yang terdiri daripada ahli keluarga penghuni.
Program ini turut melibatkan Pegawai Penerimaan serta Pegawai Kaunseling Penjara Sungai Petani. Menurut TPP Shaidan bin Shaari, program seumpama ini para penghuni boleh berinteraksi secara lebih dekat dengan ahli keluarga masing-masing dan dapat mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara keluarga masing-masing. Beliau seterusnya menyatakan program ini memberi kesedaran khususnya kepada individu betapa pentingnya peranan institusi kekeluargaan terhadap penghuni yang amat memerlukan sokongan dari pihak keluarga. ""