| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Majlis Kasih 1 Malaysia Penghuni Bersama Keluarga Sempena Hari Ibu Dan Hari Bapa 2009 Penjara Pengkalan Chepa

Majlis KASIH 1 MALAYSIA Penghuni bersama keluarga Penjara Pengkalan Chepa Kelantan telah di adakan pada 14 Jun 2009 bersamaan 20 Jamadil akhir 1430 Hijrah. Majlis KASIH 1 MALAYSIA Penghuni bersama keluarga sempena hari ibu dan hari bapa ini telah diadakan di Dataran Insaf , Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.Majlis ini telah di rasmikan oleh Y.Setia Pengarah Penjara Pengkalan Chepa Kelantan PP Mohamad Rosidek bin Musa,.Majlis juga telah dihadiri oleh TPP Wan Sani bin Ab.Latiff dan TPP Mohd Sabri bin Md Arshad serta pegawai kanan kakitangan yang terlibat.

Majlis ini adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pemulihan dan Rawatan Penjara Pengkalan Chepa Kelantan.Program ini adalah bersempena sambutan hari ibu dan bapa 2009 selain bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penghuni dan keluarga bahawa mereka saling memerlukan di antara satu sama lain.

Majlis ini disertai oleh seramai 37 penghuni dan 120 Ahli keluarga penghuni yang telah di kenal pasti untuk mengikuti program ini.Majlis bermula pada jam 9.00 pg dan berakhir pada jam 11.30pagi. Dalam ucapan perasmian Y.S Pengarah menyeru kepada penghuni dan ibu bapa supaya sentiasa mengekalkan dan menitik beratkan tentang hubungan kekeluargaan supaya institusi keluarga itu menjadi teguh dan kukuh.Program ini juga memberi kesempatan kepada penghuni untuk berhadapan dengan masyarakat untuk meneruskan kehidupan yang penuh mencabar apabila dibebaskan kelak..Y.S Pengarah juga Menyeru kepada sebagaimana saranan Perdana Menteri Malaysia,rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan. Maka ini lah yang ingin diterapkan dalam jiwa penghuni supaya keluarga didahulukan dari segala-galanya dan pencapaian yang positif dari diri penghuni utamakan.

Majlis diserikan dengan acara memasak oleh wakil dari ibu penghuni ini memberi peluang kepada penghuni yang rindukan masakan ibunya.Acara deklamasi sajak juga turut di perdengarkan oleh wakil penghuni lelaki dan penghuni wanita kepada para dif jemputan dan ibubapa.Sajak ini dicipta khas oleh penghuni itu sendiri sempena menyambut hari ibu dan hari bapa.

Majlis juga dimeriahkan lagi dengan acara memotong kek sempena hari ibu dan hari bapa yang disediakan oleh pihak pengurusan Penjara Pengkalan Chepa Kelantan. Dikesempatan ini penghuni dapat menyuapkan kek kepada ibubapa mereka dengan penuh kasih dan sayang.

MAJLIS KASIH 1 MALAYSIA PENGHUNI BERSAMA KELUARGA ini berkonsepkan perjumpaan bersemuka diantara penghuni dengan keluarga.Tujuan program ini adalah untuk merealisasikan hasrat jabatan bagi melahirkan penghuni yang insaf dan bertanggungjawab kepada keluarga Agama,Bangsa, dan Negara.Program ini juga bertujuan untuk menginsafkan penghuni terhadap kesalahan yang telah dilakukan pada masa lampau dan berjanji kepada ibu bapa mereka untuk mengubah cara hidup baru apabila di bebaskan kelak.Program ini juga dapat meningkatkan lagi kefahaman penghuni betapa pentingnya peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak.Program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan diantara ibubapa dan penghuni walaupun mereka dipisahkan oleh tembok dan pagar penjara.

Objektif Program
  • Melahirkan Generasi yang penyanyang dan bertanggungjawab pada keluarga masyarakat dan negara.
  • Memberi kesedaran kepada keluarga agar dapat membantu penghuni mempunyai moral dan akhlak yang terpuji serta motivasi yang tinggi dalam menjalani kehidupan.
  • Menyuburkan hubungan dan rasa kasih sayang penghuni kepada keluarga.
  • Mewujudkan nilai-nilai positif dalam keluarga penghuni untuk meneruskan perjuangan hidup pada masa akan datang.
  • Memberi peluang kepada penghuni untuk memohon kemaafan dari kedua ibubapa mereka.
  • Memberi peluang dan kesempatan kepada penghuni untuk memeluk ibubapa mereka selagi mereka masih ada.
""