| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Menawan Puncak Gunung Tahan 2009

XPDC menawan puncak Gunung Tahan bermula pada 31 Mei 09 dan berakhir pada 7 Jun 09 adalah merupakan salah satu dari beberapa siri pendakian ....
XPDC menawan puncak Gunung Tahan bermula pada 31 Mei 09 dan berakhir pada 7 Jun 09 adalah merupakan salah satu dari beberapa siri pendakian yang dirancang oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia pada tahun ini.Perlaksanaan program ini merupakan salah satu dari aktiviti Kempen Gaya Hidup Sihat dikalangan anggota penjara supaya dapat menerapkan semangat berpasukan, setiakawan, bersemangat waja, berfikiran positif, mempunyai jati diri, berani mengharungi cabaran, bantu membantu, tidak mementingkan diri dan sentiasa inginkan kejayaan.

Program ini telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Penjara, Tuan Wan Mohamad Nazarie Bin Wan Mahmood dan diiringi oleh 61 peserta yang terdiri dari anggota penjara pelbagai pangkat, 4 orang pelajar sekolah dan seorang orang awam. Jumlah 62 peserta ini telah dibahagikan kepada 6 kumpulan.


  1. Peserta yang paling tinggi hirakinya: Tuan Wan Mohamad Nazarie Bin Wan Mahmood ( TKP )
  2. Peserta paling muda adalah : Idzham Haqim Bin Mat Rasid - berusia 10 tahun.
  3. Peserta paling Senior : KIP Mohd Hashim Bin Mohd Amin - berusia 56 tahun
  4. Peserta pertama tiba dipuncak: TKJP Wan Mohamad Nazarie Bin Wan Mahmood.
  5. Peserta terakhir tiba di puncak dan di check point terakhir : PKK Mat Rasid Bin Jahlil.

Malam sebelum mendaki, satu majlis makan malam telah dikendalikan oleh PPA Machang. Peserta telah diberi nasihat , semangat dan amanat oleh KPj Tuan Wan Mohamad Nazarie Bin Wan Mahmood.Perjalanan mendaki Gunung Tahan bermula dari Kem Sungai Relau Merapoh, Kuala Lipis, Pahang dan berakhir di Pejabat Taman Negara Kuala Tahan Pahang yang mengambil masa selama 8 hari 7 malam.


klik sini untuk gambar seterusnya .... ""