Pada 4 Ogos 2009, bertempat di padang bola sepak Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, telah berlangsung acara Karnival Sukan Banduan 2009. Karnival sukan .... Pada 4 Ogos 2009, bertempat di padang bola sepak Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, telah berlangsung acara Karnival Sukan Banduan 2009. Karnival sukan banduan tahun ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Siow Chen Pin, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, merangkap ADUN Kawasan Chennah. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran PP Yew Gim Hong, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu dan TPP Raja Mohd Amazon b. Raja Daud. Karnival sukan ini berlangsung dengan penuh meriah dan disertai 425 orang banduan yang telah dipilih. Walaupun berlangsung dalam kawasan berpagar dan kawalan keselamatan yang ketat, kemeriahan tetap terasa dikalangan banduan.
Sebelum berlangsungnya Karnival Sukan, pelbagai acara sukan telah diadakan termasuklah sepak raga bulat, ping pong, bola sepak tujuh sebelah dan karoake. Pelbagai acara diadakan pada haritersebut diantaranya tarik tali, berlari sambil kepit bola, berjalan atas batu bata, rakit darat dan bowling kelapa. Pada hari tersebut juga dipertunjukkan persembahan formasi kawad senyap oleh banduanorientasi. Dalam ucapan perasmianya, YB Siow Chen Pin telah bersetuju memberi sedikit sumbangan untuk mengisi tabung kebajikan banduan bagi memperkasakan lagi program Plan Pembangunana Insan yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Kemuncak kepada Karnival sukan banduan tahun 2009 ini adalah perlawanan akhir tarik tali diantara banduan fasa 1 (orientasi) menentang banduan fasa 11 (TC). Juara keseluruhan karnival sukan tahun 2009 telah memihak kepada banduan fasa 1 (orientasi) dengan mata terkumpul sebanyak 1,250 mata. ""