| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kaunter Perkhidmatan Pertukaran Pusat Pengundian Pilihanraya Di Penjara Kluang, Johor

Pada hari Jumaat 21 Ogos 2009, Kompleks Penjara Kluang telah menganjurkan kaunter hari pendaftaran bagi perkhidmatan pertukaran pusat pengundian pilihanraya ....Pada hari Jumaat 21 Ogos 2009, Kompleks Penjara Kluang telah menganjurkan kaunter hari pendaftaran bagi perkhidmatan pertukaran pusat pengundian pilihanraya. Kaunter perkhidmatan yang disediakan pada hari tersebut adalah seperti Kaunter Daftar Pemilih Pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihanraya dan juga Kaunter Pertukaran Alamat oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Kaunter tersebut telah mula dibuka pada jam 1000hrs hingga 1700hrs di Dewan Sri Siantan. Menteri Dalam Negeri iaitu Yang Berhormat Dato Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein telah sudi membuat lawatan ke kaunter - kaunter berkenaan serta beramah - mesra dengan masyarakat warga kerja Kompleks Penjara Kluang dan seterusnya membuat sidang akhbar di dalam Dewan Sri Siantan. Tujuan diadakan perkhidmatan kaunter tersebut adalah untuk memudahkan warga kerja serta ahli keluarga di Kompleks Penjara Kluang membuat pertukaran alamat di dalam My Kad dan seterusnya mendaftar sebagai pemilih pilihanraya di Parlimen Sembrong.

\

""