Satu Majlis Berbuka Puasa Jaksa Pendamai Negeri Kelantan bersama penghuni Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah diadakan pada 20 September 2008 di Dewan Makan, Penjara Pengkalan Chepa Kelantan. Majlis bermula pada jam 6.30 petang.
Program ini telah melibatkan seramai 150 orang banduan. Banduan yang dipilih telah ditempatkan di Dewan Makan, Penjara Pengkalan Chepa untuk berbuka puasa bersama Ahli Jaksa Pendamai Negeri Kelantan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Setia Penguasa Penjara Tuan Mohamad Rosidek Bin Musa, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Majlis tersebut dihadiri oleh Pengerusi Jaksa Pendamai Negeri Kelantan, Yang Berbahagia Dato’ Hj. Sukri bin Hj. Mohamed, Ahli-ahli Jaksa Pendamai, Timbalan Penguasa Penjara Tuan Wan Sani bin Ab. Latiff, Tuan Mohd Sabri Bin Md.Arshad, Tuan Ahmad Kamarrudin bin Yaacob dan Pegawai-Pegawai Kanan.
Pada keseluruhannya, Majlis Berbuka Puasa Jaksa Pendamai Negeri Kelantan bersama Penghuni ini telah memberi kesedaran, semangat serta kesan mendalam kepada penghuni. Pihak Jaksa Pendamai menyatakan sokongan dan harapan agar penghuni dapat menjalani pemulihan di penjara seterusnya berbakti kepada negara. Program dan usaha yang murni ini seharusnya diteruskan di tahun-tahun yang akan datang.
Objektif
- Memberi kesedaran kepada penghuni bahawa golongan kenamaan juga prihatin dan memberi sokongan kepada penghuni dalam menjalani program pemulihan di penjara
- Menyuburkan hubungan dan rasa kasih sayang antara Ahli Jaksa Pendamai dan penghuni tanpa mengira pangkat dan darjat.
- Meningkatkan kefahaman diri penghuni betapa pentingnya peranan mereka kepada masyarakat .
- Mewujudkan nilai-nilai positif kepada penghuni untuk meneruskan perjuangan hidup di masa yang akan datang.
- Memberi kesedaran kepada masyarakat agar dapat membantu penghuni mempunyai moral dan akhlak terpuji serta motivasi diri yang tinggi dalam menjalani kehidupan.
| ||
Ucapan Aluan Oleh Pp. Mohamad Rosidek Bin Musa, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan | Ucapan Oleh Dato’ Hj Sukri Bin Hj Mohamed Pengerusi Jaksa Pendamai Negeri Kelantan | |
Penghuni Yang Menghadiri Majlis Berbuka Puasa Di Dewan Makan Bersama Ahli Jaksa Pendamai | Pegawai-Pegawai Kanan Yang Turut Hadir Memeriahkan Majlis |