23 September 2008 - Persatuan Jaksa Pendamai Negeri Selangor yang diwakili oleh Tuan Haji Musa bin Ahmad ( ahli majlis Jaksa Pendamai Negeri Selangor) telah hadir bersama beberapa orang ahli majlis tersebut untuk menyampaikan sumbangan derma iaitu:
- 300 kilogram buah kurma
- TV plasma
- Papan Karom
- Kuih raya
Ini adalah lawatan yang kedua hasil dari jalinan perhubungan antara jabatan dan badan kebajikan tersebut bagi membantu jabatan untuk membuka ruang kepada banduan untuk diterima oleh masyarakat apabila dibebaskan nanti.