| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dan Makan Malam Sempena Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia 2008 Penjara Pusat Miri

font class="fontSize">Rabu, 22 Oktober 2008 - Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Makan Malam Sempena Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia 2008, Peringkat Institusi Penjara Pusat Miri telah diadakan di Dewan Serbaguna, Penjara Pusat Miri.

Y.B. En. Aidan Wing, Adun N62, Lambir serta rombongan, Pegawai Daerah Miri En. Abdul Aziz Bin Mohd Yusuf, Pengarah Penjara Pusat Miri iaitu Y.S. PP Bismillah Bin Abg Masra, Pengarah Penjara Sibu PP Rini Bin Tupong, Pengarah Penjara Limbang PP Fathi Bin Mursidi, Ketua - ketua / wakil jabatan, pesara - pesara Jabatan Penjara Malaysia, pegawai - pegawai kanan dan kakitangan Penjara Pusat Miri bersama keluarga hadir dalam majlis tersebut.

Majlis bermula jam 08.00 malam, didahului dengan Bacaan Doa, Ucapan Pengarah Penjara Pusat Miri iaitu Y.S. PP Bismillah Bin Abg Masra, ucapan daripada Y.B. En. Aidan Wing, Adun N62, Lambir, seterusnya persembahan, cabutan bertuah, penyampaian cenderahati dan kemudiannya bersurai.

Sempena majlis tersebut, pelbagai persembahan dan gimik telah dipersembahkan. Antaranya ialah persembahan tarian zapin dan tarian moden dari anak - anak kakitangan, persembahan karoeke lagu Hari Raya dari kakitangan turut menghiburkan semua tetamu yang hadir.

Acara Memotong Kek Sempena Sambutan Hari Jabatan Penjara 2008 Pengarah Penjara Pusat Miri, Y.S Tn. Bismillah Bin Abg Masra mengiringi Y.B. En. Aidan Wing serta  tetamu VVIP jemputan menyampaikan  duit raya dan buah tangan kepada anak - anak kakitangan.
Acara Memotong Kek Sempena Sambutan
Hari Jabatan Penjara 2008
Pengarah Penjara Pusat Miri, Y.S Tn. Bismillah Bin Abg Masra mengiringi Y.B. En. Aidan Wing serta tetamu VVIP jemputan menyampaikan duit raya dan buah tangan kepada anak - anak kakitangan.
""