| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sumbangan YB Datuk Dr. Jerip Susil, Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Merangkap Adun N.19 Mambong

Penjara Puncak Borneo telah menerima sumbangan sebanyak RM5,000.00 daripada YB Datuk Dr. Jerip Susil, Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, merangkap ADUN N.19 Mambong bagi membantu institusi ini yang terjejas akibat pandemik covid-19 yang melanda pada masa ini.

Pihak pengurusan serta warga kerja Penjara Puncak Borneo mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas keprihatianan Yang Berhormat Datuk terhadap pihak kami dalam menangani pandemik covid-19 dan berharap agar rantaian covid-19 ini dapat diputuskan dengan segera.

Semoga segala usaha Yang Berhormat Datuk mendapat keberkatan dalam menjaga kebajikan masyarakat yang susah dan memerlukan khususnya dalam menangani pandemik covid-19.