Pada 8 Ogos 2019 (Ogos), Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sarawak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak pada jam 9.00 pagi bertempat di Pejabat Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, dan Pembangunan Kanak-Kanak, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya, Kuching. Kunjungan telah diketuai oleh YDH TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir YDH PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak serta beberapa orang pegawai dari Kompleks Penjara Puncak Borneo. Tujuan kunjungan diadakan adalah untuk membincangkan beberapa perkara berhubung Pelaksanaan Bengkel Tenunan Songket Sarawak dan Keringkam di dalam penjara.
|