Tapah - 23 Februari 2016, bertempat di Perkarangan Dewan Dato' Yassin, Penjara Tapah telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-226 peringkat institusi yang telah disempurnakan oleh Timbalan Komisioner Penjara Shukri bin Saad, Pengarah Penjara Tapah. Majlis telah dimulakan dengan penyampaian pingat dan sijil penghargaan kepada (70) penerima yang terdiri daripada pegawai kanan, anggota lain-lain pangkat dan kakitangan awam, pemakaian pangkat kepada (23) anggota yang telah dinaikkan pangkat daripada Wadar ke Koperal Penjara (TBBK). Majlis diteruskan dengan TKP Shukri bin Saad membacakan Perutusan Hari Penjara Ke-226 oleh Komisioner Jeneral Penjara Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar. Di antara pengisian lain program sempena sambutan hari penjara ialah kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan dari Hospital Tapah. Pada sebelah petang pula diadakan acara gotong royong membersihkan kawasan sekitar Kompleks Penjara Tapah dan kuarters kakitangan. |