Pada 29 Jun 2016 (Rabu), Unit Agama Penjara Sungai Buloh bersama Unit Pembangunan Muallaf, MAIS telah mengadakan program Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni Muallaf Penjara Sungai Buloh. Majlis telah dihadiri oleh wakil Penjara Sungai Buloh iaitu Timbalan Penguasa Penjara Omar bin Razali dan Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah Gombak, Tuan Haji Zainal Abidin bin Sulaiman bersama 6 orang pegawai. Program disertai seramai 19 orang penghuni muallaf yang terdiri dikalangan banduan sabitan dan reman. Program dimulakan dengan bacaan doa, tazkirah, penyampaian cenderahati, majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah. |