Pada 30 Ogos 2016 (Selasa) program Bahaya Dadah, HIV & AIDS/ STD telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Ilmiah Penjara Wanita Kota Kinabalu di bawah anjuran Bahagian Pengurusan Banduan. Program ini melibatkan seramai 53 orang penghuni pelbagai peringkat fasa yang terlibat dengan sabitan Akta Dadah Berbahaya. Pengisian program ini mengupas topik Bahaya Dadah (Unit Pengurusan Psikologi), HIV & AIDS /STD (Unit Rawatan), Dadah dari Perspektif Islam (Unit Agama) dan Motivasi Diri yang telah disampaikan oleh TPP Fauziah binti Husain, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu.
|