Bertempat di Pintu Besar Penjara Sungai Udang, Melaka pada 05.09.2016 (Isnin) telah diadakan pembebasan banduan wanita yang telah menjalani hukuman selama 31 tahun. Pembebasan tersebut telah disambut oleh ahli keluarga yang telah menunggu di luar hadapan pintu besar. Proses pembebasan tersebut telah dilakukan oleh PKK Wan Umar bin Wan Abdullah, Timbalan Pengarah yang mewakili TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka tepat jam 10.00 pagi.
|