Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sarawak khususnya Kompleks Penjara Puncak Borneo telah menerima Lawatan daripada Pegawai dan Kakitangan Jabatan Penjara Negera Brunei Darussalam yang diketuai oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Murat, Pemangku Pengarah Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam dan bersama (6) orang pegawai pada 28-29 September 2016. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi siratulrahim diantara dua buah penjara. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat lagi Pelaksanaan Sistem Parol, Pesalah Kehadirian Wajib dan Rumah Perantaraan Jabatan Penjara Malaysia. Pada 28 September 2016, lawatan telah diadakan Sekolah Henry Gurney, Blok Wanita dan Blok Utama Penjara Puncak Borneo dan sedidkit taklimat daripada PKP Walace anak Nawon, Pengarah Penjara Puncak Borneo. Manakala pada 29 September 2016 sesi Taklimat Pelaksanaan Sistem Parol Jabatan Penjara Malasyia telah diadakan di Penjabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak yang telah disampaikan oleh PP Achon anak Tadeng, Ketua Bahagan Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Lawatan telah diadakan ke Pejabat Parol Daerah Kuching, Rumah Anak Yatim Laila Taib (PKW menjalankan kerja-kerja amal) dan Rumah Perantaraan Kuching, Sarawak.
|