Pada 6 Januari 2015 (Selasa) Y.Bhg KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir bagi Institusi Penjara Pengkalan Chepa, Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan. Sumbangan tersebut adalah daripada Persatuan Pegawai Penjara (POA). Majlis turut diserikan dengan kehadiran Y.Bhg Datuk Haji Sheikh Ahmad Dusuki S. Mohamad, Presiden Orang Kota Bharu (OKB) yang turut memberi sumbangan. Antara tetamu yang hadir bersama ialah TKPj. Ahmad Faudzi bin Haji Awang, TKPj. Haji Nordin bin Haji Muhamad, PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, PP Wan Sani Bin Ab.Latiff dan TPP Malek Radzuan bin Omar mewakili Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.
|