| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Mesej Dari Penjara Dan Khidmat Komuniti Pasca Banjir, Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah

Pada 31 Januari 2015, seramai 40 anggota pelbagai pangkat dari Institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah telah melaksanakan Program Mesej Dari Penjara dan Khidmat Komuniti Pasca Banjir di Asrama Anak Yatim dan Berkeperluan Darul Bakti, Kg. Bobot, Kota Belud Sabah. Program yang berlangsung mulai 9.00 pagi telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PKP Nora bt. Musa, disaksikan Pengetua Asrama Darul Bakti Ustaz Rahmat bin Lokman dan Penyelaras Program IP. Norzalinah bt. Jaya. Aktiviti dimulakan dengan ceramah ?Pencegahan Jenayah? dan aktiviti memotong rambut penghuni rumah berkenaan. Acara kemudiannya diteruskan dengan membersihkan kawasan asrama dan menanam pokok bunga dan memasak makanan untuk semua peserta pada hari tersebut. Program tersebut turut diselitkan dengan aktiviti senamrobik dan sukaneka serta diakhiri dengan acara penyerahan wang sumbangan dan derma alat-alat keperluan asas kepada penghuni Asrama Darul Bakti.