Pada 13 Mac 2015 (Jumaat), YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak telah mengadakan perjumpaan bersama ahli PERSIAP, Penjara Puncak Borneo. Taklimat berkaitan aktiviti PERSIAP , Penjara Puncak Borneo telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi PERSIAP Puan Norhayati bin Darus. Majlis turut dihadiri oleh YBhg Puan Hajah Serina binti Sauni, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, ahli wanita Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak, ahli Persatuan Kuih Muih dan Masakan Sarawak serta ahli PERSIAP Penjara Puncak Borneo.
|