| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Penjara Malaysia Ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan

Pada 13 Februari 2012, Institusi Penjara Pengkalan Chepa telah menerima lawatan daripada Y.Bhg Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Lawatan tersebut adalah khusus ke  Blok Wanita Baru ,Penjara Pengkalan Chepa yang beroperasi pada 22 Januari 2012. Lawatan tersebut turut disertai oleh KPj Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan. Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana perkembangan pengoperasian Bengkel produk makanan di Blok Wanita. Bengkel tersebut mengeluarkan beberapa jenis produk seperti Karipap Kurma,Karipap Kari dan Karipap ikan, kek lapis sarawak, dan pelbagai jenis kek, roti serta biskut untuk dipasarkan.