| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Ibu dan Bapa Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu

Penjara Pusat Kota Kinabalu : Sambutan Hari Ibu dan Bapa peringkat Penghuni Penjara Pusat telah diadakan pada 06 Jun 2012. Seramai 20 orang penghuni yang terpilih menyertai program Jalinan Kasih kali ini telah diraikan bersama-sama dengan ahli keluarga mereka yang diadakan di Dewan Mess Minima.  Di antara pengisian acara ialah  bacaan doa oleh penghuni, ucapan oleh wakil penghuni, persembahan lagu dan sajak. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Penguasa Penjara Jomison Gondikit, Ketua Seksyen Pemulihan dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu bagi mewakili Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu.