| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Pegawai-Pegawai Dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang Ke Penjara Bentong

Pada 28 Jun 2012 seramai 27 orang pegawai - pegawai dari Unit Pendakwaan, Jabatan Insolvensi Malaysia dan Jabatan Bantuan Guaman Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang yang diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya  Nor Azizah binti Mohamad telah berkunjung ke Penjara Bentong untuk meninjau dengan lebih dekat proses pemulihan yang di laksanakan di penjara setelah pesalah di jatuhkan hukuman oleh mahkamah. Taklimat ringkas perjalanan Penjara Bentong telah di sampaikan oleh PKP Aminon bin Adnan dan taklimat "Pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib" telah di sampaikan oleh KIP Zainuddin bin Abd. Majid. Mereka kemudian di bawa melawat melihat program pemulihan yang di laksanakan.