| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Kepada ODP, ODS Dan Penghuni Rumah Perantaraan (RP)

Pada 09 Ogos 2012 bersamaan 20 Ramadhan 1433 H, Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Kepada Odp, Ods Dan Penghuni Rumah Perantaraan (RP), bertempat di Rumah Perantaraan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Timbalan Setiausaha Bahagian NKRA KDN, Encik W. Husbi bin W. Mohd, wakil MCPF Kuala Lumpur, Encik Andrian Jerome, Pengarah dan wakil Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Parol Negeri serta warga kerja Parol dan Perkhidmatan Komuniti Zon Tengah. 


Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Sarjan Abd. Jalil bin Hj. Yusuf (PPD Wangsa Maju) dan diteruskan dengan pemberian sumbangan kepada ODP, ODS dan Penghuni Rumah RP seramai 16 orang, disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komunti. Keberkatan Majlis diteruskan dengan Solat Terawih bersama-sama dengan tetamu yang hadir yang diimamkan oleh Koperal Mustakim bin Tarmidi (PPD Kuala Selangor).