| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Rumah Perantaraan Negeri Kelantan Jabatan Penjara Malaysia

Kota Bharu  12 September 2012 : Rumah Perantaraan Negeri Kelantan Jabatan Penjara Malaysia telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertempat di Lot 3150-B Kg Landak, Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa 16109 Kota Bharu, Kelantan. Rumah Perantaraan ini telah mula beroperasi pada 16 Mac 2012 dan dibantu oleh 3 orang Penyelia yang dilantik oleh Jabatan Penjara Malaysia bagi membantu menguruskan penghuni Rumah Perantaraan. Sejak mula beroperasi, seramai 83 orang penghuni telah mendiami Rumah Perantaraan ini.


Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg.KJP Datuk Wira Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.S KPj. Wan Abdul  Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara  (Pengurusan), YBhg.Dato' Makhtar bin Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan,Ybrs.Dr.Waitchalla a/p R.R.V Suppiah, SUB Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Dalam Negeri, Pengarah-Pengarah Bahagian IPPM, Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Zon Timur dan Pengarah-Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Zon Timur. Seramai 800 jemputan hadir dalam majlis ini yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Agensi KDN, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, wakil-wakil NGO dan majikan-majikan penghuni Rumah Perantaraan.Majlis berlansung dengan suasana penuh gilang-gemilang yang diringi dengan persembahan silat tari Kelantan, gimik perasmian dan penyampaian sijil dan cenderahati kepada majikan dan NGO yang terlibat dalam membantu penghuni Rumah Perantaraan Negeri Kelantan.