13 September 2012, Program Mesej Dari Penjara anjuran Penjara Seremban bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Wawasan Penjara Seremban. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Pengarah Penjara Seremban, PKP Hafidz bin Othman dan dirasmikan oleh Y.M. Raja Datin Seri Salbiah binti Tengku Nujumudin, Yang DiPertua NCWO Negeri Sembilan yang juga isteri kepada Menteri Besar, Negeri Sembilan. Turut hadir sama dalam majlis tersebut KPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan IPPM, PKP Anathurai a/l Kalimuthu, Pengarah Penjara Jelebu dan murid-murid sekolah menengah daripada beberapa buah sekolah disekitar Negeri Sembilan.
|