| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Institusi Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan

Pada 05 November 2012 (Isnin), Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah mengadakan Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Kali ke 163, sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan ketibaan PP Mat bin Yaacob (Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan) dan seterusnya ketibaan PKP Husin bin Haji Johari (Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan)dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia, Malaysia Inovatif serta bacaan doa. Tuan Pengarah turut membacakan teks ucapan dari Y. Bhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli b. Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan menyampaikan pingat dan sijil kepada 55 orang kakitangan Penjara Pengkalan Chepa serta 13 orang kakitangan Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan pelbagai pangkat sempena dengan Hari Penjara.


Majlis disusuli dengan memberikan Sijil Penghargaan kepada pemberi maklumat berkaitan kes kelarian. Pada jam 10.00 pagi para penerima pingat telah menghadiri ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan juga program menderma darah oleh kakitangan yang dianjurkan oleh pihak HUSM Kubang Kerian Kelantan.


Pada jam 3.00 petang pula diadakan dengan program sukan bagi kakitangan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.